Hari terakhir di Kota Bali...mmg rase liat nak bangun pagi.. rase mcm malas nak balik m'sia... sronok g melawat negara orang nie.. after Subuh pray, siap2 kemas beg dulu then turun makan pagi.. hari nie makan nasi goreng jek.. breakfast tepi kolam hari nie... bdk2 lelaki plak pas makan... terus terjun kolam.. kelakar tgk derang berenang...
lepas kenyang makan sarapan, kitorg sempat lagi bercadang g tgk barang2 kat kedai2 'jalan tikus'.. kat cni pun ada gak banyak pilihan..aku beli gak 2 helai kain batik.. canik kain dia.. then kitorang sempat gak amik2 gambar di wawl pagi d tepi pantai Kuta.. pagi ini cuaca renyai sekejap, hen terus panas.. walaupun panas, tapi cantik pemandangannya..
sempat juga kamera aku memainkan peranan dia sbg alat mengambil gambar.. dapat gak tgk matsalleh berlengeng sambil berjemur huhuhu.. berposing punya posing, jam dah kul 12 tghari.. so kami balik hotel.. balik hotel pun sempa g nak berposing.. habis semua patung kat hotel tu aku berposing hehehee.... Kami balik ke hotel ntuk bersiap-siap mau terbang ke malaysia Oh Tanah aiR ku..... tepat jam 2.00ptg kami siap berkumpul di lobby hotel. setelah siap check out dan memasukkan belinjau ( shopping kali terakhir) beg2 kami siap dimasukkan ke dalam MPV Kijang ( di malaysia -> avanza). sebelum tu sempat lagi bergambar buat kali terakhir di Lobby Hotel nie.
kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai untuk siap2 check in boarding pass... kat cni nak pkai trolly pun kene cas Rp20,000... hampeh tul.. xder yg free langsung dok kat indon nie. setelah siap kami pun menunggu masa ntuk berlepas. sambil2 tu sempat lagi la berposing bagai nak rak.. setiap sudut yg menarik ader jek gambar nya..
tepat jam 5.00petang kami pun berangkat balik ke Johor Bahru .. kapal terbang selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai... huh! satu percutian yg sangat menarik dan menyeronokkan.. Syukur...
unTuk hari ketiga di Bali, selepas bersarapan di hotel, kami bercadang untuk ke pantai Kuta pula. pagi itu sungguh cerah dan pemandangan di sepanjang tepi pantai amat cantik dan sungguh menakjubkan... ( Subahannallah)... dari hotel kami berjalan kaki dlm 200m untuk ke pantai.. x jauh pun.. sebelum itu sunblok kene standby dulu... t balik malaysia xder la orang perasan.. huhuhuhu.. sambil berjalan ke pantai sempat lagi berposing..
tiba di pantai Kuta.. kami x melepaskan peluang yang ader.. kamera sentiasa di tangan.. xyah nak simpn2 kat ddlm beg.. rugi t. cuaca yang cukup cerah dan matahari yang menyinari pantai di waktu pagi sangat2 mengasyikkan para pengunjung. ade yang mandi, men jet ski, men papan luncur air, men pasir dan macam2 lagi aktiviti. tapi yang paling seronok tgk orang berjemur hahahahaha... ( jahat aku nie).. mat saleh la yang paling banyak berjemur.
Air laut pula ketika itu baru nak mula pasang.. bes sangat2 tgk ombak. pantai nya pula bersih sebab ader pekerja yang membersihkan sampah-sarap di sepanjang pantai ini. biasenya pekerja ini menbersihkan di awal pagi dan petang.. ini adalah untuk memberi keselesaan kepada pengunjung pantai. walaupun aku x mandi pantai, tapi wat2 mandi cecah kaki di air laut... amik berkat jer hehehe... Penat bersiar2 dan bergambar di tepi pantai, kami duduk dibawah pokok.. disini ramai tukang2 urut jalanan menawarkan pelbagai perkhidmatan urutan kepada pengunjung disini. tapi aku kecian tgk makcik2 yang dah tua2 pun ade yang keje mengurut untuk mencari rezeki... aku pun try gak. walaupun x bes maner dia urut, atleast raser gak la.. tapi x hilang pun lenguh2 kaki aku ni.. mau x nya.. urut Rp15000 = RM4.50 jek... Dah lepas berurut kaki plak, aku dan linda g la jalan2 sekitar Kota Kuta... member2 yang laen balik hotel.. pas nie kitorang bercadang untuk merasa rawatan spa di Bali nie. Berjalan berdua tidak membosankan kerana kami bebas bergambar..pakar kameranya linda hahahah.. sampai public telepon pun aku berposing. kami juga bergamabr setiap bangunan yang dirasakan cantik...
petang selepas balik dari bersiar2... kami bersiap2 untuk ke pusat rawatan spa... di sini rawatan nya agak murah. 2jam pakej ( urut, lulur, mandi bunga) hanya dalam Rp 250,000 dan tips Rp 10,000 sahaja.. memang satu pengalaman yang menyeronokan. memang x puas selama 2 1/2 jam bermanja di pusat spa ini.. perut pun da lapar... kami pula dibawah makan malam di kawasan tepi pantai Jimbaran.. Pergh!!!! sungguh seronok.. macam x percaya jer dapat makan dalam keadaan seperti ini.. tapi kami hanya dapat bertahan sehingga matahari terbenam sahaja.. selepas itu hujan trun pula.. tapi melihat matahari terbenam amat cantik sekali.. disini pun ader jual jagung bakar.. jagungnya sungguh manis.. makan malam sungguh sedap.. almaklum la makanannya seperti seafood di m'sia.. habis makan. kami disajikan dengan persembahan kebudayaan tarian tradisional Bali.. ok la not bad...
selepas tamat persembahan kami sempat bergambar hehehe.. then pula ke hotel semula.. tapi sebelum masuk bilik.. posing dulu sekitar hotel.. (agaknya kalo kamera nie ley bercakap mesti dia dah cakap da penat).. kami terus ke bilik untuk packing barang sebab besok kami akan berangkat pula ke m'sia..
Pada hari kedua di Bali, kami di bawa bersiar-siar tempat2 yang menarik yang biasa dikunjungi oleh para pelancong. Selepasa mengambil sarapan, kami sempat bergambar di sekitar kawasan hotel yang kami menginap. Hotel Holiday Villa ni, kebanyakkan kawasan hotelnya di hiasi dengan patung2. Kebanyakkan patung2 nie adalah dewa2 yang dipercayai menjaga kawasan hotel nie.. Disebabkan daerah Bali ini, majoriti penduduknya adalah beragama Hindu, maka banyak la patung2 dewa yang diukir mengikut kepercayaan agama mereka..
Selepas itu, kami dibawa membeli-belah di Pasar Sukawati.. pasar nie kalo kat malaysia mcm Pasar Kepayang di T'ganu.. barang-barang kat cni murah-murah.. bayangkan t-shirt biasa baru dijual dengan Rp10,000 = RM3.00 kang murah tu.. x cukup dengan tshirt bibeli untuk dibawa oleh2 untuk orang m'sia, beli kain batik... citer kain batik bali nie... kain nya sungguh halus. corak nya plak cantik.. rakan saya c linda beli sampai 16 helai kain batik.. nasib kami sangat baik kerana tidak dirampas di airport ketika berlepas ke m'sia.. huhuhu kalo x putih mate jek.. ini kerana batik adlah barangan terkawal.. pelancong hanya dibenarkan membawa max 2 helai shj..
Penat membeli belah kami pun bercadang untuk makan tengahari.. kebanyakkan restoran disini tidak halal.. jadi kami pergi ke kawasan pergunungan berapi Kintamanis... tapi ketika dalam perjalanan ke puncak gunung tersebut, kami singgah di kawasan ladang kopi Bali.. Disini bukan sahaja kopi di tanam, tetapi koko, teh, buah salak dan pelbagai lagi tanaman di tanam di sini. kami juga x ketinggalan mencuba kopi. coklat dan teh di situ.. murah jek harga nya...
Selesai sahaja di Ladang Kopi Bali, kami terus bergerak ke Restoran Kintamanis untuk menjamu selera. Cuaca pada ketika itu gerimis.. Apabila sampai di restoran pula keadaan lagi bertambah kabus... terasa mcm berada diCameron Highlands plak.. suhu yang sejuk tetap juga kami berselera makan.. murah jek.. buffet hanya Rp50,000 = RM15.. Banyak juga la yang kami makan.. almaklum la wat stok sampai malam.. t sampai kat Kuta susah nak cari makanan halal... Lauk-pauk di lebih kurang mcm di m'sia juga.. cume lebih banyak jagung tua dan ubi.. makanan rasmi orang kat Bali nie.. nasib kami x berapa baik sebab hujan turun pada masa kami nak amik gambar berlatar belakangkan Gunung Berapi Kintamanis... tgk kabus je la huhuhuhu...
Bila perut da kenyang, kami mula bergerak ke kawasan pelancongan Tanah Lot.. Tempat ni sangat menarik... nak tau kenapa?? tempat nie adalah kawasan tempat orang2 beragama Hindu menjalankan upacara sembahyang di sini. terdapat banyak kuil yang dibina di kawasan ini. Tanah Lot terletak di tepi Lautan lepas Hindi. terdapat templeutama disini. Bagi penganut yang hendaklah bersembahyang disini, mereka di kehendaki memakai pakaian rasmi iaitu bagi kaum wanita memakai baju kebaya ketat jarang dan kaum lelaki berkemeja putih serta berkain sarung. temple yang dibina di tebing pantai bertujuan untuk penganutnya insaf dan menyucikan dosa dengan berendam di dalam air laut.. Di Tanah Lot nie juga terdapat banyak gerai-gerai yangmenjual barang-barang cenderamata dengan harga yang murah... Bukan sahaja menjual barang-barang yang murah tetapi menyajikan pandangan yang sangat cantik terutama bagi pencinta alam..( mcm aku) aku bersama linda x lepas peluang berposing sakan di sekitar kawasan Tanah Lot.. banyak koleksi gambar diambil sebagai kenangan..
Pertama kali berpeluang melihat negara orang rase sgt teruja sgt2... tiket flight telah dibeli sejak november 2008... then kumpul wet ntuk wat shopping.. dgr citer brg2 kat sana murah2.. maybee...
Bertolak dari Senai Airport dalam jam 2.00pm (03/01/2009) dan sampai disana Denpasar Airport dalam jam 4.30pm... Penerbangan yang menyeronokkan kerana cuaca adalah cerah dan tidak banyak awam...(siap tido lagi)..
Tiba di Denpasar Airport rombongan kami bergambar -> jurukamera pak wayan (tourist guide). First impression aku pada bumi Bali nie ok lah... tapi ok kat kawasan aiport dia jek.. masuk bandar dia aku da rase sesak semacam.. mau taknya.. jalan raya yang sempit + macet (jem) lagi.. huhuhu letih rasenya.. tapi biler da sampai di hotel.. rase bes sangat.. dengan bayaran yang RM90 sahaja semalam, kita sudah dapat menginap di hotel bertaraf 3 bintang.. Hotel Holiday Villa, Kuta, Bali.. aper2hal makan dulu stok dari malaysia sebelum kuar merayap kota Kuta ni hehehe
Untuk mencari makanan yang halal di sini ader tapi kene pandai pilih.... Kekadang walaupun signboard tulis 'HALAL' tapi ader plak jual air beer/arak... tu yang payah.. tapi kami tinggal di hotel malaysia.. (saper x pernah dgr Hotel Holiday Inn).. so tukang masaknya adalah orang melayu.. Alhamdulilah... lauk-lauknya kene dengan selera tekak aku..
Petang dalam jam 6.00pm, kami berhajat nak berkenalan dengan kota Kuta.. Berjalan di sepanjang pantai Bali memang menyeronokkan.. maner tak nya, pelbagai orang dari seluruh dunia lepak disini.. lagi2 time tu after sambut new year.. kami berjalan waktu hampir2 nak terbenam matahari walau pun jam baru 6.00pm. waku disana awal cikit... angin sungguh kuat.. almaklum la pantai lepas laut... angin kuat.. tapi tak sampai ke tahap jadi tsunami.. hehehehe Puas berjalan( jauh la gak ) sepanjang pantai Bali tu, kitorg bercadang plak nak tgk2 kedai yang ader kat kota ni. tgk td mcm banyak sales sampai 50-70%... tapi brg yg branded la... Then sepanjang perjalanan nak sampai ke kota tu, banyak restoran yang berhadapan dengan pantai Bali nie.. kebanyakkannya adalah international restoran la.. tapi yang aku kenal cume Hard Rock Cafe, McD and KFC... len2 aku x amik port... memang sepanjang tu gambar sakan sampai la hari da jadi gelap..