Monday, January 5, 2009

bALi d' pArAdiSe isLaND ( 3rd DayS )



unTuk hari ketiga di Bali, selepas bersarapan di hotel, kami bercadang untuk ke pantai Kuta pula. pagi itu sungguh cerah dan pemandangan di sepanjang tepi pantai amat cantik dan sungguh menakjubkan... ( Subahannallah)... dari hotel kami berjalan kaki dlm 200m untuk ke pantai.. x jauh pun.. sebelum itu sunblok kene standby dulu... t balik malaysia xder la orang perasan.. huhuhuhu.. sambil berjalan ke pantai sempat lagi berposing..

tiba di pantai Kuta.. kami x melepaskan peluang yang ader.. kamera sentiasa di tangan.. xyah nak simpn2 kat ddlm beg.. rugi t. cuaca yang cukup cerah dan matahari yang menyinari pantai di waktu pagi sangat2 mengasyikkan para pengunjung. ade yang mandi, men jet ski, men papan luncur air, men pasir dan macam2 lagi aktiviti. tapi yang paling seronok tgk orang berjemur hahahahaha... ( jahat aku nie).. mat saleh la yang paling banyak berjemur.

Air laut pula ketika itu baru nak mula pasang.. bes sangat2 tgk ombak. pantai nya pula bersih sebab ader pekerja yang membersihkan sampah-sarap di sepanjang pantai ini. biasenya pekerja ini menbersihkan di awal pagi dan petang.. ini adalah untuk memberi keselesaan kepada pengunjung pantai. walaupun aku x mandi pantai, tapi wat2 mandi cecah kaki di air laut... amik berkat jer hehehe...

Penat bersiar2 dan bergambar di tepi pantai, kami duduk dibawah pokok.. disini ramai tukang2 urut jalanan menawarkan pelbagai perkhidmatan urutan kepada pengunjung disini. tapi aku kecian tgk makcik2 yang dah tua2 pun ade yang keje mengurut untuk mencari rezeki... aku pun try gak. walaupun x bes maner dia urut, atleast raser gak la.. tapi x hilang pun lenguh2 kaki aku ni.. mau x nya.. urut Rp15000 = RM4.50 jek...

Dah lepas berurut kaki plak, aku dan linda g la jalan2 sekitar Kota Kuta... member2 yang laen balik hotel.. pas nie kitorang bercadang untuk merasa rawatan spa di Bali nie. Berjalan berdua tidak membosankan kerana kami bebas bergambar..pakar kameranya linda hahahah.. sampai public telepon pun aku berposing. kami juga bergamabr setiap bangunan yang dirasakan cantik...

petang selepas balik dari bersiar2... kami bersiap2 untuk ke pusat rawatan spa... di sini rawatan nya agak murah. 2jam pakej ( urut, lulur, mandi bunga) hanya dalam Rp 250,000 dan tips Rp 10,000 sahaja.. memang satu pengalaman yang menyeronokan. memang x puas selama 2 1/2 jam bermanja di pusat spa ini..

perut pun da lapar... kami pula dibawah makan malam di kawasan tepi pantai Jimbaran.. Pergh!!!! sungguh seronok.. macam x percaya jer dapat makan dalam keadaan seperti ini.. tapi kami hanya dapat bertahan sehingga matahari terbenam sahaja.. selepas itu hujan trun pula.. tapi melihat matahari terbenam amat cantik sekali.. disini pun ader jual jagung bakar.. jagungnya sungguh manis.. makan malam sungguh sedap.. almaklum la makanannya seperti seafood di m'sia.. habis makan. kami disajikan dengan persembahan kebudayaan tarian tradisional Bali.. ok la not bad...

selepas tamat persembahan kami sempat bergambar hehehe.. then pula ke hotel semula.. tapi sebelum masuk bilik.. posing dulu sekitar hotel.. (agaknya kalo kamera nie ley bercakap mesti dia dah cakap da penat).. kami terus ke bilik untuk packing barang sebab besok kami akan berangkat pula ke m'sia..







0 comments:

Post a Comment

no m0Re b0unDriEs © 2008 Template by:
SkinCorner